Monday, August 9, 2010

Peria Udang Kering

Peria memang pahit tapi mempunyai khasiat tersendiri. Saya nak kongsi resepi simple peria udang kering.



Bahan-bahannya :

Peria (yang sedang2) bersihkan dan potong menyerong nipis2

4 biji cili padi-ditumbuk

1 ulas bawang putih -ditumbuk atau diketuk

2 ulas bawang merah -ditumbuk atau diketuk

udang kering

sedikit air asam jawa

garam & gula secukup rasa

Caranya :

1. Tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik baunya.

2. Masukkan udang kering.

3. Masukkan peria dan tutup sehingga agak layu.

4. Masukkan sedikit air asam jawa dan garam gula sekukup rasa.

5. Tambahkan air sekiranya perlu.

SELAMAT MENCUBA!

Note : Utk menghilangkan rasa pahit peria, rendamkan peria yang dihiris di dalam air garam.


Kek Masam Manis

Resepi ni saya ambil dari resepifamili.blogspot.com. Terima kasih kepada empunya resepi kerana akhirnya saya berjaya membuat Kek Masam Manis. Bezanya saya bakar kek ni dan bukannya kukus.



Bahan-bahannya:


1 buku butter (dilembutkan)

4 biji telur (grade A)

3/4 cawan gula kastor

1 sudu teh baking powder

2 sudu teh essen vanilla

1/2 tin susu pekat manis

2 1/2 cawan biskut Tiger cream cracker (dimesin hancur)

Asam Manis (Haw Flakes)

2 jenis pewarna -hijau & kuning (nak guna lebih pun tak pe)


Cara-caranya


1. Pukul butter & gula hingga kembang.

2. Masukkan susu dan pukul hingga sebati

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji

4. Masukkan Esen Vanila dan baking powder

5. Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.

6. Pecahkan adunan ke 2 bahagian dan warnakan setiap bahagian dgn warna yg berlainan

7. Letakkan satu lapisan ke dalam loyang & bakar hingga masak

8. Susun Haw Flakes diatas lapisan pertama

9. Letakkan satu lagi lapisan (warna lain) keatas susunan Haw Flakes.

10. Ulang proses sehingga semua adunan habis.


SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, July 27, 2010

Biskut ChipsMore

Puasa belum pun mula...apalagi hari raya...tp semalam excited sgt nak buat biskut chipsmore ni...Inilah hasilnya.


Biskut ChipsMore
Nyum...Nyum

Bahan2nya :

250gm mentega (sejukkan)

4 cwn tepung gandum

1 cwn gula aising

1/2 cwn gula perang (bg yg suke manis letakla lebih sket)

1 cwn coklat chips

1 cwn badam kisar (goreng tanpa minyak dulu & kisar)

1 biji telur gred A

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla

Caranya:

Pukul mentega + gula sampai kembang. Masukkan telur + esen vanila. Ayak tepung+baking powder+soda bikarbonat. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan coklat chips & badam kisar. Bulat2kan dan bakar (130°C)sehingga perang.

SELAMAT MENCUBA

Sup Tulang

Eiii...tgk gambar mcm gelikan...Tp inilah menu kegemaran suamiku....SUP Tulang (bhgn kaki lembu). 2 jam kami mengerjakankan kaki lembu ni utk dibersihkan. Itu belum termasuk merebusnya...tp makan tak sampai 1/2 jam dah habis! Hehe...


Friday, July 23, 2010

Goreng bendi udang kering


Ini pula resepi sayur goreng bendi udang kering untuk makan malam. Sepatutnya resepi ni tak berkuah (kering) tapi aku buatkan berkuah atas permintaan anakku.
Bahan2nya :
* Kacang bendi (agak berapa org nak makan)- aku guna saiz kacang bendi yang kecil so tak perlu potong bila nak masak.
* 1 biji cili merah (ditumbuk - nak pedas tambah cili padi)
* 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
* Bawang merah dihiris2
* Udang kering (ditumbuk)
* sedikit air asam jawa
* garam & gula secukup rasa
Caranya :
Tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik baunya. Masukkan sedikit air asam jawa. Setelah mendidih masukkan kacang bendi dan bawang hiris. Tutup selama 2 minit.Tambah garam & gula secukup rasa. Dah siap!
SELAMAT MENCUBA!


Begedil Ayam

Hari aku nak kongsi resepi begedil ayam. Dah banyak kali buat...dah ada blog sendiri dapatlah aku share resepi dan gambar..baru menarikkan!



Bahan2nya :
*6 biji kentang (bersih dan goreng sampai masak)
*Daging ayam kisar ramlee (digoreng masak dan tos)-tak suka ayam boleh pakai daging kisar
*4 ulas bawang merah (hiris dan goreng garing)
*Lada hitam (ditumbuk)
*Sedikit garam
*1 biji telur (utk menggoreng)
Cara membuatnya :
Lenyekkan atau tumbuk kentang, daging ayam kisar dan bawang goreng sampai sebati. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Bentukkan bulat2. Panaskan minyak. Kacau telur. Salut begedil dengan telur dan goreng sehingga masak. Simplekan.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, July 19, 2010

Koci Labu Mak

Teringatkan 1/2 biji buah labu yang aku simpan dlm fridge..lepas makan mlm je aku plan nak buat koci labu pulak. Kebetulan kakak ku nak datang nak ambil mak. Bagus ni ada juga org boleh tolong aku buat koci.....nasib baik mak ada so dia yg bg resepinya. Org dulu pandai bab2 buat kuih-muih ni esp. kuih2 tradisional...tp bila dah tua kadangkala mereka terlupa juga resepinya...
Aku decide nak buat koci labu berintikan kacang hijau..


Alhamdulillah inilah hasilnya...siap tapaukan utk kakak dan mak..

Bahan2nya :
* 1/2 biji @1 biji buah labu -kopek, rebus (tambah sedikit gram semasa merebus), tos dan lenyek
* Tepung gandum -agak2
* Tepun ubi -agak2
Intinya:
* kacang hijau -masak sehingga lembut
* kelapa parut
* gula melaka
* sedikit garam
Caranya mcm buat kuih koci yang lain. Pastikan labu yang direbus betul2 sejuk barulah dilenyek. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi, uli sehingga sebati dan agak2 tidak melekat ditangan.
Untuk intinya pula, masukkan kelapa parut dan gula melaka dan sedikit garam dalam kacang hijau, masak sehingga lembut dan kering sedikit. Sejukkan.
Selepas tu boleh la mula membentuk koci labu ni...kukus selama 25-30 minit sampai daun pisang layu. Dah pun siap.
SELAMAT MENCUBA!


Yg ini pulak menu mkn mlm yg simple.
Pajeri terung dan tongking ayan goreng kfc (febret suami) bersama sayur sawi dan pucuk betik rebus



Bingka Labu

Resepi bingka labu ni aku buat masa mak mertuaku bertandang kerumahku. Dan labu ni antara kegemaran ibu mertuaku...3 biji labu suamiku beli dipasar tani. Lepat labu, talam labu aku dah buat tp lupa pulak nak ambil gambarnya..huhu
Kalu telur ada gred, labu pun ada gred juga.
Cantikkan..warnanya kuning dan isinya tebal.
Bingka Labu yg masih di dalam loyang.
Masih panass...
Bahan2nya :
1/2 biji labu kuning (ikut saiz labu)~ kopek & rebus & tos
200 gm gula pasir (boleh kurangkan kalau tak suke manis)
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat (santan kotak pun boleh)
125 gm marjerin ~ cairkan
Cara Menyediakan :
*Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
*Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
*Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
*Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2 ditapis atau blend sekali lagi.
*Panaskan ketuhar 175C. 6. Lenserkan loyang pembakar dengan marjerin/butter.
*Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak .

Sunday, July 18, 2010

Ikan Masin

First time aku nampak ikan ni. Suamiku kata ikan ni Ikan Belitung (betul ke tak ejaannya?). Hasil pancingan laut dalam. Ikan ni tak sedap di masak so suami decide nak buat ikan masin je..
Tak susah rupanya buat ikan masin ni...
Ikan belitung siap dibersihkan

Ikan bersama garam kasar

Caranya : Bersihkan ikan dan lumurkan dgn garam kasar...kalu nak masin lumurkan banyak2. Lepas tu tutup rapat jgn sampai lalat masuk dan bertelur..selepas 2 hari boleh le dijemur...

Kami tengah tercari2 idea mcm mana nak jemur ikan ni ....lainlah kalu duduk kat kg...kesian bbik kena tengok2kan ikan ni sepanjang kami tiada di rumah....sejak ikan ni digantung..ada sahaja penunggu yg tunggu dibawahnya...hehehe

Sotong Masak Kicap (Blackpepper)

Sabtu lepas Dapurku memang Tak Berasap. Aku dan family balik kg suami. Kami singgah di pasar besar teluk intan. Hajat nak cari kepala sotong (katak). Bunyi macam gelikan apa lagi nak makan..tapi kepala sotong katakni susah nak dapat esp di KL. Menurut kata penjual sotong badan sotong akan dieksport so kepala sotong yang tinggal tu akan dijual kpd org2 yg mcm kami...Byk juga suamiku borong...separuh kami masak dikg selebihnya kami bawa balik ke KL...
Memang berselera makan hari tu...
Sotong Masak Kicap (Blackpepper) & Sayur taugeh campur
Petai, Jering & Sambal belacan


Ini pulak menu yang aku masak bila dah balik KL. Stok kepala sotong masih ada, aku masak buat sambal sotong. Bersayurkan masak lemak taugeh+kobis+carot. Makanan mcm ni tak boleh diamalkan selalu sbb tinggi kadar lemaknya ye! Hehe...

Sayur lemak dan sambal kepala sotong

Thursday, July 15, 2010

Spegetti OH Spegetti

Masak spegetti memang mudah...sbb semua bahan2nya dah ready tinggal beli jer kat pasaraya. Kita cuma prepare 30% jer...rebus spegetti, dah buat sosnya. Anak2 aku tak berapa gemar mkn spegetti..lidah jawa mn tahu mkn makanan western ni...tp mama dan ayah belasah jer..hehehe.

Ini antara menu spegetti bolognese yg aku masak baru2 ni...suamiku kata not bad! Untuk sosnya aku tambah kisaran bawang (putih & merah), sos cili (suke pedas), bebola daging dan cendawan butang (dlm tin). Aku tak sempat nak ambil gambar speggeti yang siap dihidang..huhu



Speggeti dan kuah yang masih panas di periuk!

Donut MaMa

Anak2 aku gemar makan donut...esp. kalau disalut dgn coklat...sekejap je habis. Byk kali dah buat donut ada yg jadi dan ada yg tak jadi (kurang skill)...tp aku never give-up! Ini hasil donut yg jadi...

Donut MaMa

Sup Telur Ikan Mayong

Ini masakan yg pernah aku masak masa balik kg (rmh mak aku)....suamiku beli telur ikan mayong (favourite dia)...susah nak dapat telur ikan ni esp. kat KL. Kalu ada pun sure mahal...tp kat kg, fresh telur ikan mayong ni sekilo RM10 je..memang berbaloi. So telur ikan ni aku masak sup. Ikut selera masing2...ada setengah org suke telor ikan 1/2 masak..tp aku terOver cook telur ikan ni...Aku campurkan carrot dlm sup ni...Inilah hasilnya...memang BESTT! Terlupa kolestrolnya...hahaha


Sup Ikan Telur Mayong

Sebahagian telur ikan dah pecah semasa dikacau menyebabkan sup dah mcm kuah lemak pulak..tp sedapp! Selain dimkn dgn nasi, cicah dgn roti pun sedap!

Sup Ikan Yu

Banyak pulak stok ikan dlm freezer....bila nak hbis...mcm2 jenis ikan laut yg mr. suami bw balik hasil pancingan laut dalam. Hari ni special request by mr. suami iaitu sup ikan yu. Tak pernah dan tak suka mkn ikan yu (spesis yg dah nak pupus)..so dah ada buat je lah.

Ikan yu sebelum dibersihkan

Susah juga nak siang ikan yu ni...kulit dia melekat dan kasar..so caranya kena masukkan ikan ni dlm rebusan air panas...kulit ikan senang nak tanggal. Bhgn sirip jgn dibuang..bersihkan dan buat sup sekali..kira resepi shark fin la nih..

Sup Ikan Yu dah siap....dah mcm sup ekor le pulak...mr suami kata isi ikan manis dan lembut. Ntah aku pun tak rasa..hehe..
Sup Ikan Yu