Monday, August 9, 2010

Peria Udang Kering

Peria memang pahit tapi mempunyai khasiat tersendiri. Saya nak kongsi resepi simple peria udang kering.



Bahan-bahannya :

Peria (yang sedang2) bersihkan dan potong menyerong nipis2

4 biji cili padi-ditumbuk

1 ulas bawang putih -ditumbuk atau diketuk

2 ulas bawang merah -ditumbuk atau diketuk

udang kering

sedikit air asam jawa

garam & gula secukup rasa

Caranya :

1. Tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik baunya.

2. Masukkan udang kering.

3. Masukkan peria dan tutup sehingga agak layu.

4. Masukkan sedikit air asam jawa dan garam gula sekukup rasa.

5. Tambahkan air sekiranya perlu.

SELAMAT MENCUBA!

Note : Utk menghilangkan rasa pahit peria, rendamkan peria yang dihiris di dalam air garam.


Kek Masam Manis

Resepi ni saya ambil dari resepifamili.blogspot.com. Terima kasih kepada empunya resepi kerana akhirnya saya berjaya membuat Kek Masam Manis. Bezanya saya bakar kek ni dan bukannya kukus.



Bahan-bahannya:


1 buku butter (dilembutkan)

4 biji telur (grade A)

3/4 cawan gula kastor

1 sudu teh baking powder

2 sudu teh essen vanilla

1/2 tin susu pekat manis

2 1/2 cawan biskut Tiger cream cracker (dimesin hancur)

Asam Manis (Haw Flakes)

2 jenis pewarna -hijau & kuning (nak guna lebih pun tak pe)


Cara-caranya


1. Pukul butter & gula hingga kembang.

2. Masukkan susu dan pukul hingga sebati

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji

4. Masukkan Esen Vanila dan baking powder

5. Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.

6. Pecahkan adunan ke 2 bahagian dan warnakan setiap bahagian dgn warna yg berlainan

7. Letakkan satu lapisan ke dalam loyang & bakar hingga masak

8. Susun Haw Flakes diatas lapisan pertama

9. Letakkan satu lagi lapisan (warna lain) keatas susunan Haw Flakes.

10. Ulang proses sehingga semua adunan habis.


SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, July 27, 2010

Biskut ChipsMore

Puasa belum pun mula...apalagi hari raya...tp semalam excited sgt nak buat biskut chipsmore ni...Inilah hasilnya.


Biskut ChipsMore
Nyum...Nyum

Bahan2nya :

250gm mentega (sejukkan)

4 cwn tepung gandum

1 cwn gula aising

1/2 cwn gula perang (bg yg suke manis letakla lebih sket)

1 cwn coklat chips

1 cwn badam kisar (goreng tanpa minyak dulu & kisar)

1 biji telur gred A

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla

Caranya:

Pukul mentega + gula sampai kembang. Masukkan telur + esen vanila. Ayak tepung+baking powder+soda bikarbonat. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan coklat chips & badam kisar. Bulat2kan dan bakar (130°C)sehingga perang.

SELAMAT MENCUBA

Sup Tulang

Eiii...tgk gambar mcm gelikan...Tp inilah menu kegemaran suamiku....SUP Tulang (bhgn kaki lembu). 2 jam kami mengerjakankan kaki lembu ni utk dibersihkan. Itu belum termasuk merebusnya...tp makan tak sampai 1/2 jam dah habis! Hehe...


Friday, July 23, 2010

Goreng bendi udang kering


Ini pula resepi sayur goreng bendi udang kering untuk makan malam. Sepatutnya resepi ni tak berkuah (kering) tapi aku buatkan berkuah atas permintaan anakku.
Bahan2nya :
* Kacang bendi (agak berapa org nak makan)- aku guna saiz kacang bendi yang kecil so tak perlu potong bila nak masak.
* 1 biji cili merah (ditumbuk - nak pedas tambah cili padi)
* 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
* Bawang merah dihiris2
* Udang kering (ditumbuk)
* sedikit air asam jawa
* garam & gula secukup rasa
Caranya :
Tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik baunya. Masukkan sedikit air asam jawa. Setelah mendidih masukkan kacang bendi dan bawang hiris. Tutup selama 2 minit.Tambah garam & gula secukup rasa. Dah siap!
SELAMAT MENCUBA!


Begedil Ayam

Hari aku nak kongsi resepi begedil ayam. Dah banyak kali buat...dah ada blog sendiri dapatlah aku share resepi dan gambar..baru menarikkan!



Bahan2nya :
*6 biji kentang (bersih dan goreng sampai masak)
*Daging ayam kisar ramlee (digoreng masak dan tos)-tak suka ayam boleh pakai daging kisar
*4 ulas bawang merah (hiris dan goreng garing)
*Lada hitam (ditumbuk)
*Sedikit garam
*1 biji telur (utk menggoreng)
Cara membuatnya :
Lenyekkan atau tumbuk kentang, daging ayam kisar dan bawang goreng sampai sebati. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Bentukkan bulat2. Panaskan minyak. Kacau telur. Salut begedil dengan telur dan goreng sehingga masak. Simplekan.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, July 19, 2010

Koci Labu Mak

Teringatkan 1/2 biji buah labu yang aku simpan dlm fridge..lepas makan mlm je aku plan nak buat koci labu pulak. Kebetulan kakak ku nak datang nak ambil mak. Bagus ni ada juga org boleh tolong aku buat koci.....nasib baik mak ada so dia yg bg resepinya. Org dulu pandai bab2 buat kuih-muih ni esp. kuih2 tradisional...tp bila dah tua kadangkala mereka terlupa juga resepinya...
Aku decide nak buat koci labu berintikan kacang hijau..


Alhamdulillah inilah hasilnya...siap tapaukan utk kakak dan mak..

Bahan2nya :
* 1/2 biji @1 biji buah labu -kopek, rebus (tambah sedikit gram semasa merebus), tos dan lenyek
* Tepung gandum -agak2
* Tepun ubi -agak2
Intinya:
* kacang hijau -masak sehingga lembut
* kelapa parut
* gula melaka
* sedikit garam
Caranya mcm buat kuih koci yang lain. Pastikan labu yang direbus betul2 sejuk barulah dilenyek. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi, uli sehingga sebati dan agak2 tidak melekat ditangan.
Untuk intinya pula, masukkan kelapa parut dan gula melaka dan sedikit garam dalam kacang hijau, masak sehingga lembut dan kering sedikit. Sejukkan.
Selepas tu boleh la mula membentuk koci labu ni...kukus selama 25-30 minit sampai daun pisang layu. Dah pun siap.
SELAMAT MENCUBA!


Yg ini pulak menu mkn mlm yg simple.
Pajeri terung dan tongking ayan goreng kfc (febret suami) bersama sayur sawi dan pucuk betik rebus