Monday, August 9, 2010

Peria Udang Kering

Peria memang pahit tapi mempunyai khasiat tersendiri. Saya nak kongsi resepi simple peria udang kering.



Bahan-bahannya :

Peria (yang sedang2) bersihkan dan potong menyerong nipis2

4 biji cili padi-ditumbuk

1 ulas bawang putih -ditumbuk atau diketuk

2 ulas bawang merah -ditumbuk atau diketuk

udang kering

sedikit air asam jawa

garam & gula secukup rasa

Caranya :

1. Tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga naik baunya.

2. Masukkan udang kering.

3. Masukkan peria dan tutup sehingga agak layu.

4. Masukkan sedikit air asam jawa dan garam gula sekukup rasa.

5. Tambahkan air sekiranya perlu.

SELAMAT MENCUBA!

Note : Utk menghilangkan rasa pahit peria, rendamkan peria yang dihiris di dalam air garam.


No comments:

Post a Comment