Monday, August 9, 2010

Kek Masam Manis

Resepi ni saya ambil dari resepifamili.blogspot.com. Terima kasih kepada empunya resepi kerana akhirnya saya berjaya membuat Kek Masam Manis. Bezanya saya bakar kek ni dan bukannya kukus.



Bahan-bahannya:


1 buku butter (dilembutkan)

4 biji telur (grade A)

3/4 cawan gula kastor

1 sudu teh baking powder

2 sudu teh essen vanilla

1/2 tin susu pekat manis

2 1/2 cawan biskut Tiger cream cracker (dimesin hancur)

Asam Manis (Haw Flakes)

2 jenis pewarna -hijau & kuning (nak guna lebih pun tak pe)


Cara-caranya


1. Pukul butter & gula hingga kembang.

2. Masukkan susu dan pukul hingga sebati

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji

4. Masukkan Esen Vanila dan baking powder

5. Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.

6. Pecahkan adunan ke 2 bahagian dan warnakan setiap bahagian dgn warna yg berlainan

7. Letakkan satu lapisan ke dalam loyang & bakar hingga masak

8. Susun Haw Flakes diatas lapisan pertama

9. Letakkan satu lagi lapisan (warna lain) keatas susunan Haw Flakes.

10. Ulang proses sehingga semua adunan habis.


SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment