Monday, July 19, 2010

Koci Labu Mak

Teringatkan 1/2 biji buah labu yang aku simpan dlm fridge..lepas makan mlm je aku plan nak buat koci labu pulak. Kebetulan kakak ku nak datang nak ambil mak. Bagus ni ada juga org boleh tolong aku buat koci.....nasib baik mak ada so dia yg bg resepinya. Org dulu pandai bab2 buat kuih-muih ni esp. kuih2 tradisional...tp bila dah tua kadangkala mereka terlupa juga resepinya...
Aku decide nak buat koci labu berintikan kacang hijau..


Alhamdulillah inilah hasilnya...siap tapaukan utk kakak dan mak..

Bahan2nya :
* 1/2 biji @1 biji buah labu -kopek, rebus (tambah sedikit gram semasa merebus), tos dan lenyek
* Tepung gandum -agak2
* Tepun ubi -agak2
Intinya:
* kacang hijau -masak sehingga lembut
* kelapa parut
* gula melaka
* sedikit garam
Caranya mcm buat kuih koci yang lain. Pastikan labu yang direbus betul2 sejuk barulah dilenyek. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi, uli sehingga sebati dan agak2 tidak melekat ditangan.
Untuk intinya pula, masukkan kelapa parut dan gula melaka dan sedikit garam dalam kacang hijau, masak sehingga lembut dan kering sedikit. Sejukkan.
Selepas tu boleh la mula membentuk koci labu ni...kukus selama 25-30 minit sampai daun pisang layu. Dah pun siap.
SELAMAT MENCUBA!


Yg ini pulak menu mkn mlm yg simple.
Pajeri terung dan tongking ayan goreng kfc (febret suami) bersama sayur sawi dan pucuk betik rebus



No comments:

Post a Comment